15 April, 2020

DAH TUA - TUA PUN MASUK PENGAKAP


Ramai yang bertanya ambo orang tua pun buleh masuk pengakap lagi deh? Ada juga yang kata bukan cikgu pun buleh masuk pengakap? Jadi mari ambo cerita sedikit sebanyak pasal pengakap ni.

Secara umumnya mungkin ramai yang tidak tahu pergerakan pengakap ini telah di asaskan oleh seorang bekas pegawai tentera iaitu Lt. Jen. Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell pada tahun 1908. Beliau merupakan seorang pegawai tentera yang dedikasi dan dihormati dan mendapat kepercayaan yang tinggi dari pihak pemerintah tentera. Memulakan kerjaya tentera sebagai Lefnenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera.


Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).

 Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
 Semenjak itu pergerakan pengakap ini telah pun berkembang dan bertapak di seluruh dunia. Mengetahui kebaikan serta manfaat yang berguna dan dapat membantu pembinaan sahsiah, karekter, mendisiplinkan diri untuk golongan muda, remaja dan pergerakan ini telah berkembang dengan sehingga ke hari diseluruh dunia. Dalam memastikan matlamat, misi dan visi kepengakapan ini tercapai maka pihak WOSM World Organization Scout Movement  telah merangka satu polisi yang melibatkan perkara – perkara berikut;


DEWASA DALAM PENGAKAP.

Ia merupakan satu program yang sistematik yang memberikan orang dewasa dalam Pengakap pendekatan untuk menyokong memperbaiki keberkesanan, komitmen dan motivasi kepemimpinan orang dewasa supaya lebih baik program disokong dalam penyampaian untuk orang muda. Ia juga meningkatkan keberkesanan dan kecekapan keseluruhan organisasi.




PEMIMPIN MUDA
Pemimpin muda merupakan pemimpin pengakap yang menjalankan program belia kepada kepada pengakap yang menyokong kumpulan pengakap orang dewasa lain mempunyai peranan atau berfungsi mereka atau mengambil bahagian dalam struktur organisasi. Dalam situasi ini, "pemimpin" menentukan peranan atau fungsi yang mereka lakukan atas nama organisasi tersebut. Ketua kru, unit Pengakap kelana misalnya, tidak terletak di bawah takrif ini. Namun, jika mereka memiliki peranan atau fungsi lain seperti yang disebutkan di atas, mereka berpotensi dipanggil pemimpin muda.

SUKARELAWAN
Sukarelawan adalah individu yang terlibat dalam pelbagai aktiviti tanpa imbuhan wang (walaupun penggantian perbelanjaan mungkin dibenarkan). Penglibatan ini dilakukan sepenuhnya dari kehendak bebas individu. Manfaat penglibatan ini ditujukan kepada menyokong Pengakap untuk mencapai Misi dan bukannya pada sukarelawan (walaupun sukarelawan juga harus memperoleh dan berkembang dari penglibatan mereka).

PROFESIONALISMA
Perkhidmatan profesional adalah orang yang dilatih untuk berkhidmat didalam pengakap mereka ini dibayar mengikut kepada peranan atau fungsi mereka didalam organisasi pengakap selalunya bekerja secara sepenuh masa. Mereka ini mungkin atau tidak melafazkan persetian pengakap, tetapi mereka komited untuk melaksanakan misi dan matlamat kepengakapan, dan keutamaan Pengakap organisasi yang mereka kerjakan. Selain menjalankan peranan atau fungsi yang mereka bayar, kakitangan professional akan menyokong Pengakap dalam peranan atau fungsi sukarelawan yang tidak bertentangan dengan tugas mereka peranan atau fungsi profesional.

ORGANISASI PENGAKAP KEBANGSAAN (NATIONAL SCOUT ORGANISATION)

Organisasi Pengakap Nasional (NSO) bertanggungjawab untuk mengurus, membangun dan menyokong Pergerakan Pengakap di negara itu. NSO mungkin mempunyai mungkin beberapa gabungan pergerakan daerah dan negerii, yang dikenali sebagai Persatuan Pengakap Nasional (NSA) atau jika di Malaysia ia di kenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia.

Semoga dengan apa yang ambo tulis sini memberi sedikit gambaran kepada semua sahabat - sahabat ambo kenapa DAH TUA - TUA PUN MASUK PENGAKAP?

de : cherin78


DAH TUA - TUA PUN MASUK PENGAKAP

Ramai yang bertanya ambo orang tua pun buleh masuk pengakap lagi deh? Ada juga yang kata bukan cikgu pun buleh masuk pengakap? Jadi mari...